-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apr 18, 2006 - Berita Harian
Advanced Information Marketing Bhd (AIM) dan PA Resources Bhd yang mula diurus niaga di Bursa Malaysia semalam, mencatatkan premium memberangsangkan berbanding harga tawaran awam permulaan. (IPO).
AIM, penyedia penyelesaian penyumberan luar perniagaan di pasaran Mesdaq, dibuka pada 60 sen, iaitu 18 sen lebih tinggi berbanding IPO pada 42 sen.
PA Resources, pembuat bilet dan profil penyemperitan aluminium yang disenaraikan di Papan Kedua, dibuka dengan premium lapan sen pada 78 sen berbanding harga tawaran harga 70 sen.
|