Press Release
   
 
 
AIM Lebih Langganan 55 Kali
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Apr 11, 2006 - Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 10 April - Tawaran awam permulaan (IPO) Advance Information Marketing Bhd. (AIM) sebanyak 35 juta saham biasa baru pada harga terbitan 42 sen sesaham telah terlebih langganan sebanyak 55.45 kali.

Syarikat itu menerima sejumlah 9,786 permohonan untuk 56.446 juta saham bernilai RM23.7 juta untuk bahagian awamnya.

AIM dijangka disenaraikan di Pasaran Mesdaq Bursa Malaysia pada 18 April ini.

Penyenaraian itu akan membolehkannya mengumpul RM14.7 juta dengan majoriti dana itu bagi aktiviti pembesaran perniagaan serta penyelidikan dan pembangunan, kata AIM dalam kenyataannya hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nyang Koon Seng berkata, syarikat itu gembira dengan sambutan yang diterima daripada pasaran.