AIM dapat kelulusan SC
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Feb 11, 2006 - Berita Harian
Advance Information Marketing Bhd (AIM) sudah menerima kelulusan
Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi cadangan penyenaraiannya di Pasaran
Mesdaq Bursa Malaysia.
Syarikat itu mengkhusus dalam penyediaan rumusan pengurusan kesetiaan dari mula ke akhir yang meliputi perundingan, teknologi dan penyumberan luar.
Semua perniagaan berkenaan disatukan menerusi infrastuktur teknologi maklumat (IT) dalaman, risikan perniagaan, perkhidmatan pemasaran bersepadu, pusat hubungan serta pemerolehan dan perkhidmatan pengisian. |